Assalamualaikum.
Setiap orang mesti pernah rasa kehilangan kan? so entry kali ni aku nak bercerita tentang kehilangan aku di hujung-hujung tahun 2011. kehilangan yang besar bagi seluruh ahli keluarga aku. sebenarnya sudah genap sebulan kami kehilangan salah seekor kucing kesayangan keluarga iaitu Tam. Tam mati pada 28.11.2011 dalam jam 4 pagi. paling menyedihkan tu hampir sejam Tam menahan sakit. Memang tak sanggup nak tengok. pukul 3 pagi aku sedar yang Tam tengah sakit dia menggelupur. aku boleh sedar tu sebab kedua kucing aku Tam dan Teh memang tidur dgn aku. Air mata ni tak payah nk cakap la. Memang dah tak malu nak menangis depan family. (sebab aku menangis habis satu family macam nak menangis jugak) lepas daripada tengok Tam mati pagi tu terus aku takut nak menghadapi sebarang kehilangan lagi. dulu sebelum aku ada tam family bela Teh dan Ne. tapi Ne tak panjang umur so lepas tu ambik la Tam sebagai pengganti Ne merangkap kawan baru Teh. bayangkan la baru siangnya aku main dengan dia tup-tup malam tu dah takda. seriously macam tak percaya. ok bila dah tanam Tam tu aku still asyik teringat kat dia. dalam seminggu tu asyik terasa yang dia dok ikut aku. bila bunyi benda jalan atas bumbung aku terus nak panggil dia sebab memang feveret dia suka jogging atas bumbung. exercise la kononnya. pastu bila pagi-pagi si Teh pulak asyik panggil and cari dia. maybe Teh pon faham kut yang kawan dia dah takda sebab malam tu dia sendiri tengok Tam nak mati. tapi Teh just tengok ja. mata tak kelip-kelip tengok. langsung tak pi dekat dengan Tam. kami kehilangan Tam yang garang-garang manja sebab dia baru nak main dengan orang tapi kuku dah guna bagai. aku la mangsa dia kena cakar dan kejar. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Tam tetap dalam ingatan kami sekerluarga.
 |
Tam suka sangat naik moto petang-petang. :) |
 |
ni Teh yang comel.. hihi. teh always cumell. |
 |
dia suka tidur dalam buaian.. suka tengok |
 |
kenangan tam masa muka tak puas hati. :') |
 |
we always love you Tam! |
 |
ni port Teh masa naik moto. :D |
 |
masa tengah main2 aku snap pic. tertutup mata gara2 flash camera. |
 |
muka innocent Tam |
 |
petang-petang ni la dua ekor kucing ni buat. |
 |
suka tidur macam ni.
|
p/s : baru sebulan Tam takda aku kerap mimpi pasal dia. see.. how much i miss you Tam. <3. Teh pulak sejak takda Tam ni mengada-gadanya dia bukan main lagi. makan kalau tak berteman tak makan. tidur kalau aku tak masuk bilik dia pon tak masuk. pastu asyik dok ngiau.. ngiau... panggil aku. apa pon kerenah Teh semua sayang gila dekat dia. especially my dad. :))
No comments:
Post a Comment