Monday, 30 April 2012

women hate when boys often looked down them!

assalamualaikum..
serius aku nak bagi taw kepada certain golongan lelaki yang suka sangat merendah-rendahkan kaum hawa ni! 
women hate when boys often looked down them. pernah tak you guys dengar ada yang cakap perempuan ni belajar tinggi mana pon akhirnya kat dapur jugak. aku sure mesti pernah dengar punyalah! 
sebelum aku membebel panjang pasal benda ni first aku nak mintak maaf kepada sapa-sapa yang tak suka nak baca pasal benda ni atau ada yang terasa but this is reality what actually happened in our life and its really happened on me! 
zaman sekarang semua orang dah boleh dapat pendidikan dengan mudah tak macam dulu-zaman tok nadoq (faham ke tak apa tu zaman tok nadoq hampa google ler sendiri.. ;p) jadi boleh dikatakan ramai orang sekarang graduan universiti serta institusi  pengajian tinggi lain tak kira la awam ke swasta. jadi benda ni tak payah la nak kena rewind banyak kali kat kaum perempuan ni semata-mata nak jatuhkan dia. sorry to say aku memang tak respect la mamat yang kata macam ni kat perempuan. contohnya macam ni:

mamat : kau tengah buat apa?
minah  : aku tengah study. esok ada test.
mamat : alah.. kau study buat apa. belajar tinggi mana pon nanti laki gak nak kena tanggung. perempuan ni last-last tak keja kat dapur jugak! 

sebagai kaum perempuan yang kena hentam dengan mamat tu korang rasa macam mana? marah? melenting? sakit hati? yesss!! semua rasa. rasa nak brainwash pon ada kan? bagi aku tugas kat dapur tu tak semestinya tugas kaum perempuan yang bergelar isteri sahaja. sebagai muslim setahu aku tak ada pon yang mewajibkan perempuan saja kena masak. kalau si suami tu mampu upah ja maid tak salah pon. tapi dah adat kita si isteri masak so ok ja sebab dia menjaga keperluan suami dia. (yang ladies2 termasuk la aku jangan la tak nak belajar memasak pulak.. kesian laki nanti hahaha... hari-hari makan lauk bibik pastu kawin pon dengan bibik. hamekkk kau!) 


back to main point wahai kaum adam tak payah la lain kali nak keluarkan statement tu. bab laki nak kena tanggung isteri bukan ke memang tanggungjawab suami nak bagi nafkah kepada si isteri walaupun si isteri tu bekerja? aku tak pandai la nak huraikan tanggungjawab suami isteri sebab aku tak kawin lagi pon! tanyalah pada yang arif. tapi yang aku nak cakap sekarang apa kau ingat perempuan ni belajar tinggi mana pon kat dapur jugak tempat dia akhirnya?manalah kau tahu entah bos ke pengurus atau pekerja yang hari-hari menghadap komputer atau banyak lagi benda mencabar lain yang perempuan tu buat. time tu kau nak kata apa mamat. 

fuyooo.. we can do it! hee
conclusion dia tak payahlah kita nak merendahkan sesapa pon sama ada perempuan atau lelaki. yang pasti kita sama saja ja di sisi Allah swt yang membezakan kita hanyalah iman dan taqwa masing-masing. maaf kalau entry aku ada terkasar bahasa. :)

* pictures credit to mr. google. 

No comments:

Post a Comment