Thursday, 12 July 2012

dugaaan Allah buat kita lebih bersyukur

assalamualaikum
3.25 am aku sibuk nak mengupdate blog pulak kan. kononnya tadi nak study business law then esok nk sambung account pulak sebabnya lusa ada exam account then gap sehari my last paper, business law. rasa macam tak sempat nak study law dalam sehari! tapi bila baru baca 2,3 sub topik aku dah start mengantok. haisyyhh... syaitan besar betol bergayut atas mata aku ni! rest kejap main game sambil-sambil tu. pastu game pulak asyik kalah macam nak mengamuk jugak sorang-sorang. kecewa dengan game sibuk nak update pasal latest thing yang berlaku dalam hidup kecik aku ni. :)
well.. you know.. bajet speaking teror pulak.
hari tu semangat nak buat intersesi cuti semester ni. dah siap inform mak ayah and register bagai dah. tinggal nak validate dan bayar yuran je sebabnya risau semester 3 and 4 nanti banyak subjek nak kena carry. bila difikirkan balik bila buat intersesi nanti kiranya cuti tak ada. ok bab cuti tu aku tak kisah sangat sebab intersesi tu insyaallah dekat merbok, Kedah. selesai. fikir lagi fikir lagi then timbul pulak aku ni selfish ke?
 selfish? kenapa aku cakap macam tu. recently my brother was admitted into ICU sebab kidney dia kecut. 2 weeks before aku balik Kedah sempena cuti khas Uitm. memang seminggu tu family tak inform sebab aku tengah ada test. lagi pun melaka dengan kedah bukannya dekat. kalau nek bas semput-semput berhenti banyak tempat maunya dekat 10 jam. kebas badan. haritu aku naik bas pukul 10.30 pagi rasanya sampai rumah dekat 8.10 malam. letak barang then terus abang jat aku bawak aku pergi hospital. terkejut aku time tu! maka berdrama la aku dekat wad kenanga tingkat 4 tu. menitis air mata bila tengok abang aku terbaring lemah je atas katil. dengan dada tu still ada kesan wayar dekat ICU, kesan jahit dekat leher dia, peha dia baru je buang tiup yang doctor masukkan dengan kulit melupas. Ya Allah! okey time ni kena marah dengan dia sebab menangis. = = " mana la aku tahan bila tengok keadaan time macam tu. selama ni abang-abang aku la jadi driver aku dari tak ada lesen sampai la aku ada lesen. pemandu ,peneman, kawan aku kaunselor terbaik aku! tiba-tiba dia macam baby kena start belajar jalan balik after 8 hari macam tu dalam ICU. tapi serius sapa nk turun berat badan stay dalam ICU sebab PALING CEPAT TURUN. abang aku loss almost 20 kg! hampa boleh try ni.
mesin PD. air kerap tukar smpai air yang keluar dalam tong bawah tu diaorang puas hati
kesian abg aku wad penuh kena duduk katil extra. ada ja pesakit sorang tu keluar terus aku mintak tukar. 

solution untuk cuci. 

selepas hampir 20 hari kena tahan wad baru boleh balik rumah. aku ingatkan dah okey rupanya starting from that day dia kena ulang alik hospital. 3-4 hari pergi cuci balik 4-5 hari. then pergi balik hospital. cuci lagi. abang aku bukannya dialisis darah (HD) tu tapi (PD) singkatan daripada pxxxx dialisis apa entah. jangan la expect aku hafal benda tu. hal-hal study aku pon tak faham semua inikan pulak bahasa perubatan yang jauh menyimpang daripada business. bahasa mudah cuci air dalam perut. so operate letak tiup dekat perut. doktor yang sarankan sebab dia kata abang aku muda lagi kalau nk buat HD tu. nanti semua benda tak boleh buat. so seminggu aku leave kelas. nak balik melaka berat je nak tinggal family dalam keadaan family macam tu. yelah bila masuk hospital mak aku kena tunggu sebab dia tak boleh nak gerak sendiri sebab terikat dengan mesin. kesian family dekat rumah tu.
study week seminggu aku lari balik kedah. balik KBM ambik exam pun hati macam tak berapa nak tenang. terpaksa la pujuk diri aku demi exam.  so bila nak buat intersesi ni kononnya nak stay dekat rumah je ulang-alik ke merbok then atas nasihat kawan-kawan aku aku cancelkan buat intersesi sebab takot aku tak boleh fokus. berkorban la sikit kan sem 3 dan 4 nanti. Alhamdulillah nasib baik aku cancelkan buat intersesi sebab kelmarin aku call mak aku cakap after habis exam ingat nak stay dekat rumah kakak aku dalam seminggu sebab kawan aku masa sekolah dulu nak jumpa. rupanya plan kena cancel lagi. aku just boleh stay 3, 4 hari je sebab 20hb ni abang aku kena masuk wad balik untuk belajar cuci semua tu sendiri. mak aku pon kena follow untuk belajar sekali. so lepas ni kalau dah lulus socso dan yang berkaitan boleh balik buat sendiri dekat rumah. sebulan sekali je kena pergi hospital untuk check up. 21hb tu pulak dah la awal ramadhan. sedih pulak aku fikir awal ramadhan tanpa abang dan mak aku. tak tahu la nak jadi macam mana ramadhan ni. aku dah la bab masak hancus. nervous pulak aku! adakah ini tanda yang aku patut start belajar memasak?? setakat goreng simple tu boleh la tahan hentam kalau suruh aku buat gulai ke asam pedas memang aku google sakan la jawab dia. entah-entah markah law yang aku tak berapa suka tu pun lagi tinggi daripada markah masakan aku kalau dinilainya! 

kalau di fikir memang sakit kepala tapi bak kata mak ayah aku sabar insyaallah Allah permudah urusan kita. mungkin hari ni kita susah nanti ada benda yang Allah mudahkan untuk kita. setiap kesakitan kita tanggung tu digugurkan dosa-dosa kecil kita. yang penting kesakitan tu buat kita ingat pada yang maha Esa daripada terus lalai mengejar hidup dunia. 
credit to google

alamak TERpanjang la pulak entry kali ni. pada sapa yang membaca blog aku doakan lah kesihatan abang aku semoga kembali pulih. Amin. terima kasih atas setiap doa anda semua. :) 

Saturday, 7 July 2012

exam fever

Assalammualaikum

macam semalam je baru start sem tup-tup harini dah final exam! exam week--> stay up sampai masing-masing dah tegur eye bag besar kalah mata panda. padahal study sekejap berjimbanya (bak kata yaya) yang banyak. biasa la tuu kan? baru nampak ala-ala student life sikit. eceh! dalam banyak-banyak subjek aku ambik sem ni BUSINESS LAW jugak paper last aku. subjek yang menjadi kawan dan musuh aku.*highlight sikit kawan dan musuh tu. :p rasanya macam dah grad kot bila habis paper law nanti. kekeke 

yeahhh.. please do not disturb! I'm actually count the days before semester break. :)

always bismillah before doing anything

my exam will start on 1 Julai until 15 Julai 2012. so please doakan kami semua passed all paper with flying colours. usaha tawakal insyaallah. Allah always with us. ehem.. Selangor & Kedah wait for me I'll be back soon. Melaka we'll meet again after 2 months insyaallah :D
exam pon belum habis excited cuti yang lebih aku nih!