Showing posts with label life as a student. Show all posts
Showing posts with label life as a student. Show all posts

Saturday, 7 July 2012

exam fever

Assalammualaikum

macam semalam je baru start sem tup-tup harini dah final exam! exam week--> stay up sampai masing-masing dah tegur eye bag besar kalah mata panda. padahal study sekejap berjimbanya (bak kata yaya) yang banyak. biasa la tuu kan? baru nampak ala-ala student life sikit. eceh! dalam banyak-banyak subjek aku ambik sem ni BUSINESS LAW jugak paper last aku. subjek yang menjadi kawan dan musuh aku.*highlight sikit kawan dan musuh tu. :p rasanya macam dah grad kot bila habis paper law nanti. kekeke 

yeahhh.. please do not disturb! I'm actually count the days before semester break. :)

always bismillah before doing anything

my exam will start on 1 Julai until 15 Julai 2012. so please doakan kami semua passed all paper with flying colours. usaha tawakal insyaallah. Allah always with us. ehem.. Selangor & Kedah wait for me I'll be back soon. Melaka we'll meet again after 2 months insyaallah :D
exam pon belum habis excited cuti yang lebih aku nih!


Tuesday, 15 November 2011

bye Merbok Hai Melaka??

assalamualaikum 

detik yang ditungu-tunggu telah pon tiba! hoho.. keputusan fast track uitm keluar hari ni! dup-dap dup dap jantung aku ni. entah dapat ke tak. dan inilah keputusannya 




ha.. dah tengok kan keputusan permohonan aku tu. alhamdulillah . dapat juga buat fast track. aku memang excited gila time tengok keputusan ni. dalam hati ni hanya Allah je tahu betapa gumbiiranya aku. TAPIKAN.. ha ada tapi jugak! apa ni fadhilah. konon excited? bukan apa. aku memang suka yang tapi tu aku dapat dekat  kampus UiTM Bandaraya MELAKA! tengok tu MELAKA! alamatnya jauh la aku dari family nanti. kat sudut kecik hati aku ni (cewaahh bukan main lagi) aku SEDIHH nak tinggal family jauh-jauh. sob-sob. :'( beratnya hati nak study jauh-jauh even tak la jauh sangat tapi aku dah tak boleh ulang-alik macam dulu yang mana boleh kata every week aku balik kalau tak ada hal. 
apa pon keputusan telah dibuat insyaallah aku nak terima tawaran ni. harap-harap ini keputusan yang terbaik.

Friday, 11 November 2011

finally the result are open to view

assalamualaikum 
tunggu punya la tunggu besertakan sekali debaran yang menggunung didada (ayat bukan main lagi ni.hihi).. akhirnya result bagi semester 3 telah pun KELUAR! jeng jeng jeng.fuhh.. again Alhamdulillah. result maintain macam last sem dean list TAPI parents dengan others family member pulak kata ''up la pointer tu takkan nak maintain sampai habis study kot? xmaw naikkan ke?'' erkk.. alamak maintain pon kena komen gak ke? apa lagi nak kata? ni ja yang mampu aku kata 'ha la cheq try next sem'. 



       Tapi overall aku bersyukur dengan apa yang aku dapat sebab itu apa yang aku usahakan.* ayat cover line. bagi kawan-kawan lain tu aku doakan hampa pon result gempak-gempak semua. yang lepas tak yah sedih-sedih yang akan datang ni kita pulun. XD

p/s  : gambar sumber mr.google. tqvm