Assalamualaikum & selamat sejahtera
Tak banyak info yang kita dapat pasal program ni dekat
internet. Aku dulu geram jugak cari maklumat pasal ni sebab tak ramai
yang bagi tahu how fast track works actually. Heh.. macam apa lagi aku time tu.
Google bagai weyh. sekarang ramai jugak yang tanya aku pasal fast track UiTm ni. Yes I
was one of them who did fast track Uitm from diploma to degree. Bila kita masuk je Uitm diploma semasa part
1 akan ada lecturer bagi tahu tentang fast track ni. So from part 1 kita dah
boleh aim so that we’ll score in every sem from semester 1 until semester 3.
Sapa yang boleh buat fast track ni?
Kepada yang nak buat fast track ni make sure pointer anda
3.00 and above.
Bila boleh apply?
Masa semester 3 time aku dulu kalau tak salah sebelum final
lagi dah kena apply. So kena selalu alert dengan notis. Rajinkan diri buka web
Uitm. Then lepas tu follow la apa dia nak. Nak result semester 3 ke apa.
Betul ke masuk fast track ni terus semester 2 degree?
Ini korang jangan salah faham! Penting. Aku dulu pon salah
faham kat sini. Before this memang masuk semester 2 tapi sekarang korang akan
kena masuk semester 1 jugak. Macam budak-budak lepasan matrik and stpm. Tapi kalau
course selain daripada business aku tak tahu. Depends kepada course korang masa
diploma dulu and current course waktu degree. Account katanya semester 2. Aku tak
sure. But aku dulu diploma business study and degree Business Administration major
aku International Business. Batch aku kena masuk semester 1. *konon la seronok
boleh terus masuk semester 2 cisss.. hampeh semua itu! Jangan percaya rumors.
Pengecualian kredit (PC)?
Mula-mula masuk tu korang tak kan kena minggu destini siswa
yang seminggu tu. Kalau tak salah aku kitaorang 3 hari je. Lega! Dalam waktu 3
hari tu kita akan buat PC. Yang boleh PC- BEL, CTU, KOKO. *tak ingat apa lagi. Rasanya
ni je. Berita gembiranya korang dah tak belajar la semua subjek tu tak kisah la
BEL sem 1 ke 2 ke 3. Koko lagi la best! Dah tak ada bebeh!
Katanya buat fast track kena struggle gila-gila?
Bagi aku nak study semua kena struggle. Tak nak struggle
duduk rumah goyang kaki. :P Cuma maybe rasa lain sebab dulu diploma sekarang ni
dah degree tahap dia dah upgrade sikit. Effort pon kena jugak upgrade. Dulu diploma
lecturer banyak suap sekarang ni lecturer suap tak banyak kot. Eh.. ye ke tak
banyak? Tapi yang pasti macam biasa la hujung sem akan selalu buzy tapi awal
sem tu honeymoon la dulu. Jalan sana sini. Lepas tu memang kena fikir
assignment bagai la.
Berbaloi ke buat fast track ni?
Alhamdulillah dah masuk semester 2. Aku dah mula adapt. Seronok
je fikir nak grad. Biasa diploma 3 tahun + degree 2 tahun = 5 tahun. Fast track
1.5 tahun + 3 tahun = 4.5 tahun( 4 tahun setengah). Cepat la sikit 6 bulan
gitew. Tak sabar nak grad uollss.. CUMANYA AKU GRAD NANTI TAK KAN DAPAT SCROLL
DIPLOMA SEKALI. HANYA DEGREE. Anggap la waktu dip korang tu sebagai asasi or
matrik Uitm. :D
Macam mana dengan ptptn?
Rasanya ptptn kena apply lain masa degree. Better korang tanya
uitm ke ptptn. Kawan-kawan aku kalau tak salah kena apply lain.
Rasanya ni je yang penting. Ohh.. jangan lupa dapatkan
transkrip diploma anda sebelum daftar degree nanti. Yang lain bila dah dapat tawaran
dia akan cakap nak apa. Lagi satu pasal MUET. Kalau masa semester 3 tak ambil
MUET lagi jangan risau sebab masa degree nanti dia bagi tempoh setahun kalau
tak salah aku untuk buat MUET. Tapi kalau buat time diploma lagi senang kerja
korang. Aku buat sebelum nak masuk semester 3 so bila degree sekarang dah tak
payah risau pasal MUET. Itu je. Good luck. J
For more information : http://online.uitm.edu.my
No comments:
Post a Comment