Tuesday, 30 October 2012

Cerita tentang Fast track UiTM


Assalamualaikum & selamat sejahtera


Tak banyak info yang kita dapat pasal program ni dekat internet. Aku dulu geram jugak cari maklumat pasal ni sebab tak ramai yang bagi tahu how fast track works actually. Heh.. macam apa lagi aku time tu. Google bagai weyh. sekarang ramai jugak yang tanya aku pasal fast track UiTm ni. Yes I was one of them who did fast track Uitm from diploma to degree.  Bila kita masuk je Uitm diploma semasa part 1 akan ada lecturer bagi tahu tentang fast track ni. So from part 1 kita dah boleh aim so that we’ll score in every sem from semester 1 until semester 3.

Sapa yang boleh buat fast track ni?
Kepada yang nak buat fast track ni make sure pointer anda 3.00 and above.

Bila boleh apply?
Masa semester 3 time aku dulu kalau tak salah sebelum final lagi dah kena apply. So kena selalu alert dengan notis. Rajinkan diri buka web Uitm. Then lepas tu follow la apa dia nak. Nak result semester 3 ke apa.

Betul ke masuk fast track ni terus semester 2 degree?
Ini korang jangan salah faham! Penting. Aku dulu pon salah faham kat sini. Before this memang masuk semester 2 tapi sekarang korang akan kena masuk semester 1 jugak. Macam budak-budak lepasan matrik and stpm. Tapi kalau course selain daripada business aku tak tahu. Depends kepada course korang masa diploma dulu and current course waktu degree. Account katanya semester 2. Aku tak sure. But aku dulu diploma business study and degree Business Administration major aku International Business. Batch aku kena masuk semester 1. *konon la seronok boleh terus masuk semester 2 cisss.. hampeh semua itu! Jangan percaya rumors.

Pengecualian kredit (PC)?
Mula-mula masuk tu korang tak kan kena minggu destini siswa yang seminggu tu. Kalau tak salah aku kitaorang 3 hari je. Lega! Dalam waktu 3 hari tu kita akan buat PC. Yang boleh PC- BEL, CTU, KOKO. *tak ingat apa lagi. Rasanya ni je. Berita gembiranya korang dah tak belajar la semua subjek tu tak kisah la BEL sem 1 ke 2 ke 3. Koko lagi la best! Dah tak ada bebeh!

Katanya buat fast track kena struggle gila-gila?
Bagi aku nak study semua kena struggle. Tak nak struggle duduk rumah goyang kaki. :P Cuma maybe rasa lain sebab dulu diploma sekarang ni dah degree tahap dia dah upgrade sikit. Effort pon kena jugak upgrade. Dulu diploma lecturer banyak suap sekarang ni lecturer suap tak banyak kot. Eh.. ye ke tak banyak? Tapi yang pasti macam biasa la hujung sem akan selalu buzy tapi awal sem tu honeymoon la dulu. Jalan sana sini. Lepas tu memang kena fikir assignment bagai la.

Berbaloi ke buat fast track ni?
Alhamdulillah dah masuk semester 2. Aku dah mula adapt. Seronok je fikir nak grad. Biasa diploma 3 tahun + degree 2 tahun = 5 tahun. Fast track 1.5 tahun + 3 tahun = 4.5 tahun( 4 tahun setengah). Cepat la sikit 6 bulan gitew. Tak sabar nak grad uollss.. CUMANYA AKU GRAD NANTI TAK KAN DAPAT SCROLL DIPLOMA SEKALI. HANYA DEGREE. Anggap la waktu dip korang tu sebagai asasi or matrik Uitm. :D

Macam mana dengan ptptn?
Rasanya ptptn kena apply lain masa degree. Better korang tanya uitm ke ptptn. Kawan-kawan aku kalau tak salah kena apply lain.

Rasanya ni je yang penting. Ohh.. jangan lupa dapatkan transkrip diploma anda sebelum daftar degree nanti. Yang lain bila dah dapat tawaran dia akan cakap nak apa. Lagi satu pasal MUET. Kalau masa semester 3 tak ambil MUET lagi jangan risau sebab masa degree nanti dia bagi tempoh setahun kalau tak salah aku untuk buat MUET. Tapi kalau buat time diploma lagi senang kerja korang. Aku buat sebelum nak masuk semester 3 so bila degree sekarang dah tak payah risau pasal MUET. Itu je. Good luck. J 
For more information : http://online.uitm.edu.my

Wany bertunang

asssalamualaikum & selamat sejahtera

Sebelum aku nak cerita panjang aku nak ucapkan salam adiladha/ selamat hari raya haji/ selamat hari raya korban. Semoga para jemaah haji mendapat haji yang mabrur. Insyallah.

Alhamdulillah raya haji aku macam biasa tak la semeriah hari raya adilfitri. My sis and her family pon tak balik Kedah.  Tok dan tok wan sebelah mak dan ayah pon dah tak ada so this is my raya. Sederhana. Few kuih  and mee udang on the first day of raya. Enough is enough. Alhamdulillah. Kenyang. But it's me myself dah kali kedua raya aku sakit. Hari tu demam sampai tak pergi mana beraya. Stay kat rumah terbaring je. This time demam on the day buat ketupat and cirit birit still masih terasa. Entah la apa aku makan. But second day of raya attend qurban rumah lang and the big event is my friend got engaged. hewhew. Thousand congrats to hazwany. Antara kawan baik masa sekolah rendah. Next year insyallah bergelar isteri orang. majlis pertunangan yang simple. Nice. Bila dia cakap berdebar aku just boleh calm down sikit-sikit je sebab aku tak pernah rasa that feelings. hehe. 

me and the bride, wany

bersama kawan sekolah rendah wany dan zati

zati : friend and cousin

 Ramai kawan-kawan terkejut bila tengok gambar dia bertunang dekat facebook. Well guys believe it. Apa yang aku perasan when you turns into 20 lot of things gonna change. Contohnya sedara sakit off course kalau kau balik wajib kena jenguk. lagi-lagi sedara yang rapat. Kenduri kendara orang dah kena rajin attend. Your attire kena jaga. Jangan kau hentam short tak tentu hala. Tetamu datang rumah kena layan don't you ever locked yourself into your bedroom. A BIG NO! Macam-macam lagi la yang kena jaga. Aku sendiri pon macam tak caya I grown up very fast. I missed my childhood time. Panjat sana sini lari sana sini. Now its the time people will ask you, when will your turn comes? seriously I've got an answer scheme for that! haha.. insyaallah tunggu la 3 ke 4 tahun lagi. But in reality finding a couple is not easy macam cari ikan kat pasar... anyway aku still tak risau sebab baru nak masuk 20an which is in two month more it will turn into 21. Still young. Insyaallah ada jodoh tak kemana. Change myself first into someone better and most important being a good muslimah a good islam. Insyaallah. Allah dah janji lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.
Untuk wany semoga jodoh anda berdua panjang hingga ke akhir hayat. Semoga setiap yang dirancang dipermudahkan Allah s.w.t. 
Maaf tak ada banyak gambar. Ini apa yang ada dalam handphone daku saja. Thank you for reading! 



Wednesday, 3 October 2012

I'm shocked but happy for you!

assalamualaikum.

small gift but big in means!

About a month before hari raya aidiladha but I who are far away from Kedah got few suprises, good things gonna happen in the life of people all around me, and all memories come across to my mind. It will be the happiest ever after when you know that one of your friends gonna ended up her single life into a phase where she no longer alone. A phase that I think everyone especially girls won't never forget in their life and it is the moments that we wait for. Congrates dear. Insyaallah. Everything gonna be okey. When the time comes I'll post up pictures and entry for it. :)) still I'm shocked. You know we grew up together we planned our future and alhamdulillah it's your destiny. All the best for you. Hopefully sempat la aku pergi nanti ye. 
Again glad to all my diploma friends in UiTM Merbok who are now struggling for their final examination. Wish you do the best and good luck. For those DBS you've got another semester before grad and some of you guys are in the last semester of diploma. Yeahhh.. its graduation day afterwards. haha. mesti bestkan. An, A'an, Awe, Iqa dan ramai lagi. tahniah dah last semester. Few days more it will be partyy timee.. ehhh.. salahh. haha. All my classmates I miss you guys a lot!<3 
Sweet time share together and yet I was one of them who still need 2 years more to finish my degree and insyallah ada rezeki master in planning. doakan aku! 
ehhh.. lupa nak bagi tahu tadi lecturer aku cakap 24 Oct dah start cuti. so maknanya Uitm cuti 24 Oct till 4 Nov la! Greeeaatttt!! and it also means first test are on his way! this is not great. = ='

Tuesday, 7 August 2012

Lady Antebellum - Just A Kiss

Be the one I've been waiting for my whole life
We don't need to rush this
Let's just take it slow


Saturday, 4 August 2012

ramadhan al-mubarak

assalamualaikum.



macam tak caya je aku result keluar awal weyh! baru nak enjoy cuti tup-tup sehari sebelum result keluar dapat taw daripada liya yang esoknya result dah nak keluar! cuti baru nak masuk minggu ketiga result dah keluar. terus jantung, hati limpa aku tak senang duduk. berdebor je keja. dan alhamdulillah result aku DL even pointer aku tak la 4 flat. biasa la masalah utama aku business law. hmm.. tak ada rezeki aku. nasib baik lulus! anyway, congrates kepada kawan-kawan aku yang dapat DL , yang 4 flat dan kepada semua tak kisahlah DL ke tak. jangan sedih-sedih next sem kita usaha lagi. cukup cerita pasal result! 
bulan puasa aku macam mana?
pengalaman berpuasa tanpa my beloved mak and abang mat! just me, ayah, abang jat, and adik. hmm.. sedih woooo. mana dengan aku yang skill masak FAIL. one word PENAT rupanya jadi housewife ni. when my abang mat discharge ward, bahagia kami semua. means our greatest chef(mak) dah balik. hehe.. makan sedap la kalau tak aku buat la yang simple-simple then yang lain beli je. sedih kan? kami makan tak kisah sangat sebab masa puasa kat kolej pon memang makan beli je tapi kesiannya ayah aku la. udah la makan pon tak berapa nak lalu dah tu nak kena makan yang beli pulak. sekarang ni ayah aku demam pulak sampai tak lalu nak makan. nasib baik mak aku ada kat rumah buatnya kena teman abang aku training kat hospital memang aku tak taw nak buat apa la. harap-harapnya nanti abang aku boleh keluar wad before raya kalau tak memang hancus aku.
tapi yang paling indahnya ramadhan kami sekeluarga kali ini dua hubungan silatulrahim dapat dirapatkan. syukur alhamdulillah ya Allah. the greatest gift ever. :)) 



Thursday, 12 July 2012

dugaaan Allah buat kita lebih bersyukur

assalamualaikum
3.25 am aku sibuk nak mengupdate blog pulak kan. kononnya tadi nak study business law then esok nk sambung account pulak sebabnya lusa ada exam account then gap sehari my last paper, business law. rasa macam tak sempat nak study law dalam sehari! tapi bila baru baca 2,3 sub topik aku dah start mengantok. haisyyhh... syaitan besar betol bergayut atas mata aku ni! rest kejap main game sambil-sambil tu. pastu game pulak asyik kalah macam nak mengamuk jugak sorang-sorang. kecewa dengan game sibuk nak update pasal latest thing yang berlaku dalam hidup kecik aku ni. :)
well.. you know.. bajet speaking teror pulak.
hari tu semangat nak buat intersesi cuti semester ni. dah siap inform mak ayah and register bagai dah. tinggal nak validate dan bayar yuran je sebabnya risau semester 3 and 4 nanti banyak subjek nak kena carry. bila difikirkan balik bila buat intersesi nanti kiranya cuti tak ada. ok bab cuti tu aku tak kisah sangat sebab intersesi tu insyaallah dekat merbok, Kedah. selesai. fikir lagi fikir lagi then timbul pulak aku ni selfish ke?
 selfish? kenapa aku cakap macam tu. recently my brother was admitted into ICU sebab kidney dia kecut. 2 weeks before aku balik Kedah sempena cuti khas Uitm. memang seminggu tu family tak inform sebab aku tengah ada test. lagi pun melaka dengan kedah bukannya dekat. kalau nek bas semput-semput berhenti banyak tempat maunya dekat 10 jam. kebas badan. haritu aku naik bas pukul 10.30 pagi rasanya sampai rumah dekat 8.10 malam. letak barang then terus abang jat aku bawak aku pergi hospital. terkejut aku time tu! maka berdrama la aku dekat wad kenanga tingkat 4 tu. menitis air mata bila tengok abang aku terbaring lemah je atas katil. dengan dada tu still ada kesan wayar dekat ICU, kesan jahit dekat leher dia, peha dia baru je buang tiup yang doctor masukkan dengan kulit melupas. Ya Allah! okey time ni kena marah dengan dia sebab menangis. = = " mana la aku tahan bila tengok keadaan time macam tu. selama ni abang-abang aku la jadi driver aku dari tak ada lesen sampai la aku ada lesen. pemandu ,peneman, kawan aku kaunselor terbaik aku! tiba-tiba dia macam baby kena start belajar jalan balik after 8 hari macam tu dalam ICU. tapi serius sapa nk turun berat badan stay dalam ICU sebab PALING CEPAT TURUN. abang aku loss almost 20 kg! hampa boleh try ni.
mesin PD. air kerap tukar smpai air yang keluar dalam tong bawah tu diaorang puas hati
kesian abg aku wad penuh kena duduk katil extra. ada ja pesakit sorang tu keluar terus aku mintak tukar. 

solution untuk cuci. 

selepas hampir 20 hari kena tahan wad baru boleh balik rumah. aku ingatkan dah okey rupanya starting from that day dia kena ulang alik hospital. 3-4 hari pergi cuci balik 4-5 hari. then pergi balik hospital. cuci lagi. abang aku bukannya dialisis darah (HD) tu tapi (PD) singkatan daripada pxxxx dialisis apa entah. jangan la expect aku hafal benda tu. hal-hal study aku pon tak faham semua inikan pulak bahasa perubatan yang jauh menyimpang daripada business. bahasa mudah cuci air dalam perut. so operate letak tiup dekat perut. doktor yang sarankan sebab dia kata abang aku muda lagi kalau nk buat HD tu. nanti semua benda tak boleh buat. so seminggu aku leave kelas. nak balik melaka berat je nak tinggal family dalam keadaan family macam tu. yelah bila masuk hospital mak aku kena tunggu sebab dia tak boleh nak gerak sendiri sebab terikat dengan mesin. kesian family dekat rumah tu.
study week seminggu aku lari balik kedah. balik KBM ambik exam pun hati macam tak berapa nak tenang. terpaksa la pujuk diri aku demi exam.  so bila nak buat intersesi ni kononnya nak stay dekat rumah je ulang-alik ke merbok then atas nasihat kawan-kawan aku aku cancelkan buat intersesi sebab takot aku tak boleh fokus. berkorban la sikit kan sem 3 dan 4 nanti. Alhamdulillah nasib baik aku cancelkan buat intersesi sebab kelmarin aku call mak aku cakap after habis exam ingat nak stay dekat rumah kakak aku dalam seminggu sebab kawan aku masa sekolah dulu nak jumpa. rupanya plan kena cancel lagi. aku just boleh stay 3, 4 hari je sebab 20hb ni abang aku kena masuk wad balik untuk belajar cuci semua tu sendiri. mak aku pon kena follow untuk belajar sekali. so lepas ni kalau dah lulus socso dan yang berkaitan boleh balik buat sendiri dekat rumah. sebulan sekali je kena pergi hospital untuk check up. 21hb tu pulak dah la awal ramadhan. sedih pulak aku fikir awal ramadhan tanpa abang dan mak aku. tak tahu la nak jadi macam mana ramadhan ni. aku dah la bab masak hancus. nervous pulak aku! adakah ini tanda yang aku patut start belajar memasak?? setakat goreng simple tu boleh la tahan hentam kalau suruh aku buat gulai ke asam pedas memang aku google sakan la jawab dia. entah-entah markah law yang aku tak berapa suka tu pun lagi tinggi daripada markah masakan aku kalau dinilainya! 

kalau di fikir memang sakit kepala tapi bak kata mak ayah aku sabar insyaallah Allah permudah urusan kita. mungkin hari ni kita susah nanti ada benda yang Allah mudahkan untuk kita. setiap kesakitan kita tanggung tu digugurkan dosa-dosa kecil kita. yang penting kesakitan tu buat kita ingat pada yang maha Esa daripada terus lalai mengejar hidup dunia. 
credit to google

alamak TERpanjang la pulak entry kali ni. pada sapa yang membaca blog aku doakan lah kesihatan abang aku semoga kembali pulih. Amin. terima kasih atas setiap doa anda semua. :) 

Saturday, 7 July 2012

exam fever

Assalammualaikum

macam semalam je baru start sem tup-tup harini dah final exam! exam week--> stay up sampai masing-masing dah tegur eye bag besar kalah mata panda. padahal study sekejap berjimbanya (bak kata yaya) yang banyak. biasa la tuu kan? baru nampak ala-ala student life sikit. eceh! dalam banyak-banyak subjek aku ambik sem ni BUSINESS LAW jugak paper last aku. subjek yang menjadi kawan dan musuh aku.*highlight sikit kawan dan musuh tu. :p rasanya macam dah grad kot bila habis paper law nanti. kekeke 

yeahhh.. please do not disturb! I'm actually count the days before semester break. :)

always bismillah before doing anything

my exam will start on 1 Julai until 15 Julai 2012. so please doakan kami semua passed all paper with flying colours. usaha tawakal insyaallah. Allah always with us. ehem.. Selangor & Kedah wait for me I'll be back soon. Melaka we'll meet again after 2 months insyaallah :D
exam pon belum habis excited cuti yang lebih aku nih!