Monday, 30 April 2012

women hate when boys often looked down them!

assalamualaikum..
serius aku nak bagi taw kepada certain golongan lelaki yang suka sangat merendah-rendahkan kaum hawa ni! 
women hate when boys often looked down them. pernah tak you guys dengar ada yang cakap perempuan ni belajar tinggi mana pon akhirnya kat dapur jugak. aku sure mesti pernah dengar punyalah! 
sebelum aku membebel panjang pasal benda ni first aku nak mintak maaf kepada sapa-sapa yang tak suka nak baca pasal benda ni atau ada yang terasa but this is reality what actually happened in our life and its really happened on me! 
zaman sekarang semua orang dah boleh dapat pendidikan dengan mudah tak macam dulu-zaman tok nadoq (faham ke tak apa tu zaman tok nadoq hampa google ler sendiri.. ;p) jadi boleh dikatakan ramai orang sekarang graduan universiti serta institusi  pengajian tinggi lain tak kira la awam ke swasta. jadi benda ni tak payah la nak kena rewind banyak kali kat kaum perempuan ni semata-mata nak jatuhkan dia. sorry to say aku memang tak respect la mamat yang kata macam ni kat perempuan. contohnya macam ni:

mamat : kau tengah buat apa?
minah  : aku tengah study. esok ada test.
mamat : alah.. kau study buat apa. belajar tinggi mana pon nanti laki gak nak kena tanggung. perempuan ni last-last tak keja kat dapur jugak! 

sebagai kaum perempuan yang kena hentam dengan mamat tu korang rasa macam mana? marah? melenting? sakit hati? yesss!! semua rasa. rasa nak brainwash pon ada kan? bagi aku tugas kat dapur tu tak semestinya tugas kaum perempuan yang bergelar isteri sahaja. sebagai muslim setahu aku tak ada pon yang mewajibkan perempuan saja kena masak. kalau si suami tu mampu upah ja maid tak salah pon. tapi dah adat kita si isteri masak so ok ja sebab dia menjaga keperluan suami dia. (yang ladies2 termasuk la aku jangan la tak nak belajar memasak pulak.. kesian laki nanti hahaha... hari-hari makan lauk bibik pastu kawin pon dengan bibik. hamekkk kau!) 


back to main point wahai kaum adam tak payah la lain kali nak keluarkan statement tu. bab laki nak kena tanggung isteri bukan ke memang tanggungjawab suami nak bagi nafkah kepada si isteri walaupun si isteri tu bekerja? aku tak pandai la nak huraikan tanggungjawab suami isteri sebab aku tak kawin lagi pon! tanyalah pada yang arif. tapi yang aku nak cakap sekarang apa kau ingat perempuan ni belajar tinggi mana pon kat dapur jugak tempat dia akhirnya?manalah kau tahu entah bos ke pengurus atau pekerja yang hari-hari menghadap komputer atau banyak lagi benda mencabar lain yang perempuan tu buat. time tu kau nak kata apa mamat. 

fuyooo.. we can do it! hee
conclusion dia tak payahlah kita nak merendahkan sesapa pon sama ada perempuan atau lelaki. yang pasti kita sama saja ja di sisi Allah swt yang membezakan kita hanyalah iman dan taqwa masing-masing. maaf kalau entry aku ada terkasar bahasa. :)

* pictures credit to mr. google. 

Sunday, 29 April 2012

assalamualaikum. 

dah lama rasanya aku tak menjengah blog ni. to tell you guys I'm already in Melaka for almost 2 months! totally different form Kedah especially when it's comes to foods and a very different situation of campus from Uitm Merbok! Kampus Bandaraya Melaka or for short KBM is totally city campus! you'll be surrounded of building, shops, mall and others. what's makes me worried so much is fast food restaurants are very-very near from our rental apartment, apartment yayasan Melaka (AYAM) and I do takes fast food a lot since I was there! = ="  another things that I wouldn't do it in Merbok is I went to the class 30 mins earlier since KBM have 16 floor and I have class in 9 floor so we have to go early if you want to take the lift if not you have to climb the stairs. hopefully we'll keep it until last sem. :D Well.. I do experience of climbing the stairs to the class and its was very tired rather than walking for a long distance. for your information too our rental house is in floor 14 out of 16 (sangat menakutkan kalau time ada gempa) alhamdulillah we do not have to push each other for the lift. my housemates are liya, ziha, aje, huda, yaya, syaza which are all my course mate in Merbok and another 3 person is senior part 4. 


my housemates! credit pic to syaza. 

Monday, 6 February 2012

bila aku dan dia..

assalamualaikum.

inilah yang jadi bila aku dan dia bertemu! sapa la dia tu kan?? dia tu seorang yang special for me. ha hampa jangan nak salah faham pulak. sat lagi dok teka yang lain pulak memandangkan entry aku sebelum ni pasal cinta. dia yang aku maksudkan adalah kawan baik aku ---> diana

here is she. diana.

           dah masuk tahun kelapan aku kawan baik dengan dia. dari form 1 until form 5 sekelas. but after SPM we choose our own way. she still studying in USM and me choose UiTM. the only girl yang rasanya faham and know me well. hehe. hey sapa kata to get closer with someone you'll need to have the similarities. Aku rasa tak but memang la kena ada jugak yang sama jangan semua tu beza ja nanti macam mana nk close sedangkan semua benda nak gaduh tak sependapat kan. me and diana banyak jugak sama tapi ada jugak beza. dia diam aku bising. dia sabar aku totally tak sabar. dia baik but aku ni la yang selalu dok plan benda-benda jahat opss.. nakal ja. tapi ada yang kami sependapat.kan diana? contohnya kelam kabut.. haha. sama ja kita dua kan. 

        dan bila kita bertemu segala yang telah diplan terus berubah! for example, plan nak keluar makan and beli barang sikit was turn into shopping with bestfriend! serik ke diana hari  tu? haha. bila shopping tak ingat dunia lupa yang keluar hanya merempit. naik moto ja bukan lori ke treler. dah la sanggup pulak meredah hujan. sedangkan aku sebelum ni memang tak berani nak bawak moto time hujan tapi when it's come with you grhhh.. terus berani. muahaha. kena sampuk hantu hujan kot! dari satu shopping complex to another. part paling takut tetiba tali minyak moto(btoi ke ni? lantaklah) terpulas kuat. takleh slow. nasib baik bukan time bawak. rupanya tersangkut buku. haha. tapi serius aku dah takot time tu tapi maintain cool depan diana sebab dia dah gelabah. yelah kalau dua-dua gelabah habis la kita. hehe dengan barang banyak. kaki diana yang sakit tak baik-baik lagi aku angkut hang jalan merata kan. erkk.. kiranya macam pi physioterapy kot. :P 

tudia.. anak dara makan. haha.time ni memang lapar sangat-sangat. tinggal tulang ja 
this is so sweet. beromantika berdua. 


let the year do their jobs and time flies out but you remains as my best friend forever.

Thursday, 19 January 2012

FALLING IN LOVE!

assalamualaikum & selamat sejahtera

rasanya dah berhabuk pon blog aku nih kan? cuti panjang tapi bab nak mengupdate blog ja malas aku
BUT hey its 2012 already! erkkk.. dah berbelas hari masuk new year kan tapi tak kisah la aku nak jugak wish happy new year! hihi. apa azam hampa tahun ni? Azam aku banyak! serius. tapi bukan la nak semua selesai dalam tahun ni juga kan. ala.. kononnya long time wish la ni. :P hah! sebelum tu selamat tinggal 19th. I'm turn to 20 even though I'm not officially turn to 20. muda lagi kan? 

sebenarnya kali ni aku nak cakap pasal FALLING IN LOVE.


Rasanya semua orang pernah jatuh cinta kan? tapi jangan salah faham pulak. jatuh cinta tak semestinya bercinta. perasaan setiap individu mana boleh kita sekat. Bercinta tu boleh atas banyak dasar. setengah tu dasar simpati, kesunyian, nak ikot trend atau kawan-kawan dan macam-macam lagi. tapi sebagai seorang islam aku rasa kita patut bercinta ikut syariat Islam. sebelum nak cintakan orang lain better cintakan diri sendiri dulu, Allah, Family, kawan-kawan. kita mesti selalu dengarkan orang kata perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu jugak sebaliknya. jadi kalau kita nak yang terbaik kita kenalah mulakan dengan diri kita dulu. berubah kepada yang lebih baik. Insyallah. 


tapi kena ingat jugak kalau kita sukakan seseorang tu ikut la cara yang sepatutnya bukan merimaskan dia. ni tak setiap masa nak mesej nak col nak taw setiap benda yang dia buat. faham sendiri la even hang suka kat dia tahap maksimum pon sidia belum tentu ada perasaan yang sama dengan hang. jadi fikir-fikir la dulu setiap tindakan hampa tu. jangan sampai dia terus REJECT. time tukan jatuh ternganga. 


pastu bila orang reject cinta hang jangan la frust menonggeng sangat. mungkin ada yang lebih baik daripada dia (ayat selalu orang kata). ada yang bercinta bertahun-tahun tapi jodoh takda break jugak. so senang cerita bila berani nak bercinta ni kena selalu ready dengan segala kemungkinan. * dah macam nak pi berperang pulak kan? 




DARI MATA TURUN KE HATI, DARI HATI JATUH KE KAKI! 



Friday, 30 December 2011

Kehilangan yang tak diduga

Assalamualaikum.

Setiap orang mesti pernah rasa kehilangan kan? so entry kali ni aku nak bercerita tentang kehilangan aku di hujung-hujung tahun 2011. kehilangan yang besar bagi seluruh ahli keluarga aku. sebenarnya sudah genap sebulan kami kehilangan salah seekor kucing kesayangan keluarga iaitu Tam. Tam mati pada 28.11.2011 dalam jam 4 pagi. paling menyedihkan tu hampir sejam Tam menahan sakit. Memang tak sanggup nak tengok. pukul 3 pagi aku sedar yang Tam tengah sakit dia menggelupur. aku boleh sedar tu sebab kedua kucing aku Tam dan Teh memang tidur dgn aku. Air mata ni tak payah nk cakap la. Memang dah tak malu nak menangis depan family. (sebab aku menangis habis satu family macam nak menangis jugak) lepas daripada tengok Tam mati pagi tu terus aku takut nak menghadapi sebarang kehilangan lagi. dulu sebelum aku ada tam family bela Teh dan Ne. tapi Ne tak panjang umur so lepas tu ambik la Tam sebagai pengganti Ne merangkap kawan baru Teh. bayangkan la baru siangnya aku main dengan dia tup-tup malam tu dah takda. seriously macam tak percaya. ok bila dah tanam Tam tu aku still asyik teringat kat dia. dalam seminggu tu asyik terasa yang dia dok ikut aku. bila bunyi benda jalan atas bumbung aku terus nak panggil dia sebab memang feveret dia suka jogging atas bumbung.  exercise la kononnya. pastu bila pagi-pagi si Teh pulak asyik panggil and cari dia. maybe Teh pon faham kut yang kawan dia dah takda sebab malam tu dia sendiri tengok Tam nak mati. tapi Teh just tengok ja. mata tak kelip-kelip tengok. langsung tak pi dekat dengan Tam. kami kehilangan Tam yang garang-garang manja sebab dia baru nak main dengan orang tapi kuku dah guna bagai. aku la mangsa dia kena cakar dan kejar. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Tam tetap dalam ingatan kami sekerluarga. 

Tam suka sangat naik moto petang-petang. :)

ni Teh yang comel.. hihi. teh always cumell.

dia suka tidur dalam buaian.. suka tengok


kenangan tam masa muka tak puas hati. :')

we always love you Tam! 

ni port Teh masa naik moto. :D


masa tengah main2 aku snap pic. tertutup mata gara2 flash camera.


muka innocent Tam


petang-petang ni la dua ekor kucing ni buat. 


suka tidur macam ni.

p/s : baru sebulan Tam takda aku kerap mimpi pasal dia. see.. how much i miss you Tam. <3. Teh pulak sejak takda Tam ni mengada-gadanya dia bukan main lagi. makan kalau tak berteman tak makan. tidur kalau aku tak masuk bilik dia pon tak masuk. pastu asyik dok ngiau.. ngiau... panggil aku. apa pon kerenah Teh semua sayang gila dekat dia. especially my dad. :))

Tuesday, 15 November 2011

bye Merbok Hai Melaka??

assalamualaikum 

detik yang ditungu-tunggu telah pon tiba! hoho.. keputusan fast track uitm keluar hari ni! dup-dap dup dap jantung aku ni. entah dapat ke tak. dan inilah keputusannya 




ha.. dah tengok kan keputusan permohonan aku tu. alhamdulillah . dapat juga buat fast track. aku memang excited gila time tengok keputusan ni. dalam hati ni hanya Allah je tahu betapa gumbiiranya aku. TAPIKAN.. ha ada tapi jugak! apa ni fadhilah. konon excited? bukan apa. aku memang suka yang tapi tu aku dapat dekat  kampus UiTM Bandaraya MELAKA! tengok tu MELAKA! alamatnya jauh la aku dari family nanti. kat sudut kecik hati aku ni (cewaahh bukan main lagi) aku SEDIHH nak tinggal family jauh-jauh. sob-sob. :'( beratnya hati nak study jauh-jauh even tak la jauh sangat tapi aku dah tak boleh ulang-alik macam dulu yang mana boleh kata every week aku balik kalau tak ada hal. 
apa pon keputusan telah dibuat insyaallah aku nak terima tawaran ni. harap-harap ini keputusan yang terbaik.

Sunday, 13 November 2011

bila allergic menyerang

assalamualaikum
lagi seminggu semester baru nak mula dan lagi 6 hari pula ujian muet nak kena attend TAPI hari ni pula aku terkena ear infection. APA ITU EAR INFECTION? haaa.. penyakit ni aku tak tahu sama ada serius sangat ke tak sebab aku bukannya doctor kan? hee.tapi agak sakit la telinga kita ni. dalam telinga pula macam ada fluid. bila kita tak lap fluid tu dia akan jadi keras. lepas tu belakang telinga pula ada something. rasa macam biji. agak bengkak belakang telinga aku ni yang menyebabkan aku pusingkan kepala akan rasa little bit sakit dan off course la tak selesa.

APA PENYEBAB EAR INFECTION ?
based on apa yang aku search banyak punca terjadinya ear infection. bagi aku pula disebabkan allergic. aku allergic kepada sea food especially dan recently aku makan banyak sangat udang which is one of my favourite. so thats why terjadinya ear infection. kalau nak taw lebih banyak cecuba tekan link-link ni. sini-sini lagi satu.

so kesimpulannya aku kena la jaga makan aku buat masa ni dan masa-masa akan datang dan paling penting kena rajin makan ubat. tapi bak kata mak aku mustahil la aku nak elakkan makan sea food. hehe. pandai pon mak aku ni.

p/s : terima kasih kepada mr.google sekali lagi kerana maklumat-maklumat ni daripada carian google dan buat masa ni macam dah plan. kami 3 beradik iaitu aku, adik and abang kedua aku kena infection. sorang sakit telinga, sorang lagi sakit hidung dan lagi seorang sakit mata. haha. adik beradik katakan mestilah sehati sejiwa gituu.